Kita
boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan
ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir
kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun
masuk nerakajuga) kalau ia masih tidak yakin sembahyang itu fardu.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Orang yang mengerjakan
sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan
nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini
sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia
sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.
Orang yang sembahyang,
kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau
diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham,
fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang
yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma
main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam
sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai
dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.
4. SOLAT AWAM
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima
waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu.
Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham
saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai
sembahyang awamul muslimin.
5. SOLAT ORANG YG LALAI
Golongan
ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik
tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai
pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa
bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba
maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya
untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam
sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan
tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan
yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan
kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada
kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan
khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga
moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu.
Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta
orang ini.
6. SOLAT PARA SOLEHIN
Golongan
yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung
bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak
terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa
pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak
mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,
menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan
sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat
memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang
soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
7. SOLAT PARA MUQARRABIN
Golongan
ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit
iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya,
malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada
setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap
gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung
dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam
sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam
sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang
hampir dengan Allah )
8. SOLAT PARA SIDDIQIN
Golongan
ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu
bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia
dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia
sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah.
Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk
hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang
Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia
lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu
dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang
makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan
tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya.
Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi
disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada
Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang
benar dan haq.
KESIMPULAN
Setelah
kita nilai keseluruhan 8 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah
kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang
yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang
buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan
disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 6, 7 dan 8
sahaja.
Sembahyangnya
ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan
zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita
mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan
ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari
Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar